Warga Malaysia yang tersayang,
1. Sebagai pembeli online tegar, anda menilai jika peniaga guna kan model yang bagaimana untuk memakai baju yang akan di jual secara online?
(a) model china doll/korean doll/saleh doll pakai baju tu,
(b) nabila huda pakai,
(c) model malaysia yang kulitnya/raut wajah dari kebanyakan orang kita
Penah dengar tak perkataan ni "ishhh kenapa dalam gambar cantik!?"Ataupun "Kenapa i pakai tak jadi cantik macam model china tu." (kau luper kau melayu jati ke?) ataupun "Kenapa i pakai tak nampak i macam Nabila Huda?" Pttffff Kalau kau nak jadi Nabila Huda, siapa nak jadi kau? Hihi (tapi saya cakap sebab ni lah realiti yang saya hadapi sebagai peniaga)
Tapi betul.....saya paham bukan senang nk beli baju online ni, bukan semuanya jujur yang yang banyak tahu nak mengaut ringgit je, tapi ada cara boleh kita tengok sesuatu website tu betul-betul nak meniaga. Beberapa caranya adalah seperti berikut :-
1. Beli dari yang ada physical store/butik, sebab peniaga yang macam ni pentingkan repo/jaga hati customer untuk kekal lama dalam bidang perniagaan.
2. Kalau terlintas masalah diatas semasa hendak membeli pakaian secara online, elakkan website yang melebih-lebihkan model yang muka cantik comel gebu tu. Pilih la website yang memberi detail mengenai pakaian tersebut bukannya muka. Lain la kalau website tu jual pencuci muka, product make up & orang gaji china) lol...
3. Tengok terma & syarat sebelum membeli, pastikan boleh buat penukaran dalam masa beberapa hari jika warna & size tak sesuai.
4. Pilih website yang melayan segala Q and A anda melalui email, whatsapp etc. Anda layak kerana anda bayarkan, bukan free. Segala kos soalan tu dah masuk dalam harga baju. Percaya lah!
5. Ini lah kekurangan yang kite peroleh apabila kita membeli online, kita tak dapat melihat secara detail product tersebut tapi kita kene buat penilaian - jika sesebuah website itu jujur untuk menjual product mereka apabila mereka betul2 menekankan gambar dengan detail, jenis kain digunakan, gambaran dari pelbagai sudut, edit yang x over (tak over lighting). Jika sebaliknya, saya sarankan baik lah ada carilah website yang lain.
Selamat Membeli
Ukur baju dibadan sendiri, bukan di badan china doll. :)
No comments:
Post a Comment