Monday, 22 July 2013

IFTAR & Majlis Ulang Tahun Pertama Elooke Boutique. 20 July 2013

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana Majlis Berbuka Puasa & Ulang tahun Pertama Elooke Boutique yang diraikan bersama tetamu terhormat jemputan kami Anak-Anak Yatim dari Rumah Amal Baitul Fitrah Baitul Kasih yang diadakan di Plaza Dataran Merdeka pada petang tadi berjalan dengan lancar. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terlibat terutamanya kepada pihak yang sama sama ingin turut serta memberi sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim dari Rumah Amal Baitul Fitrah Baitul Kasih ini. Terima kasih juga kepada para peniaga di Plaza Dataran Merdeka serta pihak Pengurusan yang banyak memberi kerjasama. Dan juga kepada pelajar USM dan pihak Media RTM datang memberi sokongan. Tidak lupa kepada customer, family & friends. Terima Kasih. Maaf jika ada terkurang. Insya allah kite jumpa lagi.










No comments:

Post a Comment