Friday, 21 June 2013
LIKE facebook, FOLLOW instagram/twitter and subscribe keek Elooke.
Facebook : www.facebook.com/ElookeHomeBoutique
Instagram : ElookeBoutique
Twitter : ElookeBoutique
Drama 28 episode Teduhan Kasih, Tv3 mulai 15 May 2013
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. sumber: tv3.com.my
Elooke ada lah penaja pakaian untuk Nabila Huda. Terima Kasih Nabila Huda memilih kami. Dan kepada Primework studio untuk credit tittle. :)
Thursday, 20 June 2013
Sponsorship for Marsha Milan Londo, drama Ku Kejar Bintang.
Drama "Ku Kejar Bintang" akan ditayangkan di Astro pada bulan Ogos nanti. Lakonan Nora Danish, Randy Pangalila & Marsha Milan Londo.
Telemovie Rebah Taubat, 15 November 2012 10.0pm TV3. Sponsorship for Nabila Huda
RebahTaubat mengisahkan seorang isteri yang bersikap curang terhadap suaminya. Pasangan suami isteri itu dilakonkan pelakon Nabila Huda (Wati) dan Sharnaaz Ahmad.Mereka hidup serba sederhana dan bahagia tetapi atas hasutan sahabat baiknya, Jaslena (Nas Adila), Wati sanggup meninggalkan suaminya untuk bersekedudukan dengan orang kenamaan demi mencari kemewahan dan kesenangan hidup.Namun demikian, hasil hubungan haramnya, Wati mengandungkan anak luar nikah.Apabila dia ditinggalkan pergi, Wati kembali ke pangkuan suaminya dengan 'perut memboyot'.Untuk menyaksikan apakah kesudahan hidup Wati dan suaminya.
Elooke ada penaja Nabila Huda dalam telemovie Rebah Taubat. Ini adalah kerjasama kami yang pertama Abil. And we are so happy.
Drama Potret Tv9, Sponsorshiop for Julia Ziegler
Drama Potret lakonon hebat Zarynn Min, Idzham Ismail, Sofi Jikan dan Julia Ziegler yang ditayangkan pada 17 April 2013 Rabu pukul 8.30malam di TV9. Dan kami ialah official sponsored untuk Julia Ziegler dalam drama ni. Memang best drama ni, siapa yang belom tengok di tonton.com.my. Thanks to Julia and production crew for credit tittle.
Drama Sedetik Cinta di Tv3, 28 Episode mulai dari 3 April 2013
Sedetik Cinta mengisahkan pengorbanan seorang adik, Emilia (Hanez Suraya) yang terpaksa berkahwin dengan kekasih kakaknya, Hakimi (Awal Ashaari). Ia bagi menyelamatkan maruah keluarga selepas kakaknya, Alisya (Tunku Hanis), nekad lari dari rumah sehari sebelum majlis pernikahan meretawaran menjadi model antarabangsa.Walaupun menyintai Fuad, rakan sekolahnya, Emilia terpaksa akur apabila Hakimi bersedia menerimanya sebagai ganti Alisya.Tanpa diketahui sesiapa, Hakimi sedia menerima Emilia selepas bapa Emilia, Taufik, bersedia menyerahkan separuh daripada hartanya jika Hakimi sanggup berkahwin dengan Emilia dan berjanji tidak akan menceraikannya.Bagaimanapun kerana rasa terhina dengan sikap Alisya, Hakimi menjadikan Emilia sebagai tempat dia melepaskan dendam dan marahnya kepada Alisya hingga kehidupan Emilia penuh dengan penderitaan.
Elooke penaja untuk Hanez Suraya dalam drama ini. Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)